Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, June 24, 2013

Cabut Pula Gigi Kelima


Bismilllahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Cepat betul gigi-gigi susu Faris ni tanggal... Baru je saya ceritakan tentang gigi keempatnya yang tanggal di entri ini... Kalau entri yang lepas dia sibuk dengan ke"tidakhenseman"nya, tapi semalam lain pula ceritanya.

Semalam masa sarapan, Faris macam nak tak nak makan. Katanya gigi depan dah goyang... Nak patah... Lalu saya dan encik hubby suruh dia kunyah perlahan-lahan. Tiba-tiba dia cakap, "Nanti gigi Faris patah, Faris letak bawah bantal. Lepas tu jadi duit."

Haih! Saya dan encik hubby terkejut... Lepas tu kami tergelak... Tu la pengaruh TV... Mungkin ada scene tu dalam cerita-cerita kartun yang ditonton...

Tak lama lepas tu, betul-betul gigi dia patah. Boleh dia berkeras tak nak buang gigi tu... nak letak bawah bantal... Sabar je la... Bila Abahnya suruh buang... Faris cakap, "Mana duit?" Hai la anak... macam-macam...! 

Entri berkaitan:
Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak
Tips: Brush Your Teeth, Sayang!

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

7 comments:

  1. Rongak sudah. Anak bujang saya tu pon tunggu hari jer tu. Habis rosak gigi.

    ReplyDelete
  2. kalu mcm tu, kami da kaya dulu la sbb gg kami da beberapa kali dicabut sblm ni ;-)

    ReplyDelete
  3. emm semoga gigi kekal tumbuh cantik-cantik...

    ReplyDelete
  4. pengaruh omputih tu letak gigi bawah bantal.hehe

    mmg cpt gigi faris ni patah..aiman sebatang tu je patah..tu pun dah lama

    ReplyDelete
  5. alisha ni lagi cepat kak.. tp gigi alisha blm patah.. org panggil apa ek.. cam buruk gitu

    ReplyDelete
  6. amir pun gigi dpn dah mula sakit... tp x patah lg..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...