Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya Tirai 2014

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Banyak kenangan yang sedih dan pedih dilalui oleh Malaysia sepanjang tahun 2014 ini. Penutup tahun yang juga menyedihkan bagi rakyat di #pantaitimur dan juga #airasia. Juga beberapa insiden yang menyedihkan... Hingga sesak dada membaca/menonton berita.

Beberapa minit lagi tirai 2014 akan dilabuhkan... 2015 bakal menjelma... Moga buku baru buat Malaysia akan tercatatnya cerita-cerita indah. Sekali gus mengubati hati-hati kita yang sedang bersedih. Kita doakanlah yang baik-baik buat Malaysia. Moga rakyat Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Selamat Tahun Baru 2015 duhai sahabat. Moga cerita 2015 kita juga lebih baik dari tahun 2014. Moga Allah mengampunkan segala kekhilafan kita dan sentiasa merahmati dan memberkati kita. Amin.

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, December 24, 2014

Sana Sini Kotak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Masih berbaki beberapa hari di bumi Hang Tuah. Bertungkus lumus membungkus semua barang yang akan diangkut ke Gombak. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin...

Kebetulan di Melaka ada buat kutipan/sumbangan oleh para sukarelawan untuk mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur. Maka saya asingkan semua baju yang masih elok... Sayang sebenarnya... Tapi sebab saya pun jarang pakai, dan terpaksa limitkan barang untuk berpindah ni... so rasanya better saya berikan kepada mereka yang memerlukan...

Moga bantuan saya yang sedikit ni dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Sedih sangat tengok mereka... Terutamanya anak-anak kecil dan orang tua. Jangan berhenti berdoa... bantulah sehabis daya... Moga Allah sentiasa melindungi mereka...

Kepada yang sudi singgah ke blog ini, terima kasih banyak-banyak... Nanti dah reda mengemas di Gombak, saya akan buat kunjungan balas... Jangan serik menyinggah kalau tiada entri terbaru yea...!

Moga rakan-rakan blogger sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam kasih sayang Allah. Amin.

Wednesday, December 17, 2014

Misi Mencari Rumah Untuk di Jual/Beli

  
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi dalam mood mencari rumah untuk di beli, di sekitar Gombak. Rasa nak muntah dah mencari through internet. Banyak juga masalah bila mencari atas talian ni. Memanglah informasi di hujung jari. Namun ada juga seperti yang tidak diharapkan.

1. Agen perumahan tidak menjawab call dan reply mesej - so saya terus reject agen tersebut, jika rumah pilihan saya seterusnya juga tertera namanya...

2. Gambar yang ditunjukkan bukan rumah yang sebenar - kalau ada tulis gambar sekadar hiasan ok lah juga... boleh terima...  ini tak. Memang menghampakan bila pergi view rumah tersebut... memang tak sama langsung dengan gambar! Bila tanya agen, katanya "ooo itu gambar just hiasan only." CEH!!

3. Info tidak updated! Kebanyakan rumah dah terjual, tetapi masih ada dalam list carian. Walaupun tarikh yang diupdate tu tak sampai seminggu lagi, rumah tu dah terjual dan tidak dikeluarkan dari senarai. - so masa mencari rumah jadi sangat panjang, sebab cari, call, "dah jual", cari lagi, call lagi, "dah jual", dan begitulah seterusnya... LETIH!

Ooo ramai juga yang tanya, kenapa saya tak nak duduk di rumah saya yang di Amansiara tu... Rumah tu memang best sebenarnya... Tapi ada beberapa sebab juga la... dan salah satu sebabnya... Penyewa kami tu jaga rumah tu dengan baik (kami ada dua tiga kali bertandang ke rumah tu)... plus, dia bayar sewa advance sebulan. Mana nak cari penyewa macam tu kan...?! Lagipun tak sampai hati nak bagi notis singkat macam ni pada dia. Kesian kat dia anak beranak.

Lagi satu ada juga yang tanya, kenapa tak duduk di Gombak rumah arwah mak dan ayah saya...?! Sebenarnya barang kami pun dah banyak... peti ais, mesin basuh sofa, katil dan macam-macam lagi la... Semestinya tak dapat sumbat semuanya dalam rumah Gombak tu.

Kenapa nak beli rumah... sewa je la dulu... nanti-nanti baru beli rumah... Alahai... kalau nak tahu, sewa rumah di KL ni RM1500++/sebulan. Sama je macam bayar rumah yang dibeli. Baik beli rumah dari menyewakan?! Kalau menyewa, nanti dah jumpa rumah beli nak kena pindah lagi... aduh... tak sanggup nak fikir!

Sebab tu la encik hubby saya plan beli rumah terus. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk mencari rumah dan sekolah untuk Faris dan Alisya. 

Kot-kot la ada blogger yang tahu or nak jual rumah area Gombak dan sekitarnya, boleh la beritahu saya. Moga dengan bantuan anda, saya doakan agar Allah juga akan permudahkan urusan anda nanti. Amin...


Nota Kaki: Saya mencari rumah teres (2 tingkat) di Gombak atau sekitarnya. Kalau ada yang nak suggest di area Puchong dan Rawang atau sekitarnya, boleh juga... Thank you in advance, blogger! (^_^)

 * * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, December 16, 2014

Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi/Peramah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada publish entry tentang Khalisya yang sangat peramah. Ada pula orang yang tanya saya, elok ke jika anak kita sangat peramah? Pada saya tiada salahnya jika anak kita peramah. Positifnya adalah anak-anak seusia 4 tahun ke atas boleh explore kosa kata yang mereka tahu.

Bila anak-anak berkomunikasi dengan orang lain, cara susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak akan sama ketika berkomunikasi dengan ibu bapa serta adik beradik. Maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Saya bereksperimen sendiri dengan kedua-dua anak saya Faris dan Alisya. Dari segi penyusunan ayat, penggunaan perkataan, bilangan kosa kata... Alisya nampak lebih baik berbanding Faris. Faris sehingga kini masih sedikit pelat dan penyusunan perkataannya seolah-olah terbatas. 

Silapnya kami ketika Faris berusia 2 tahun, kami telah dedahkan Faris dengan PS2. Maka kuranglah kami berkomunikasi. Seingat saya, Faris betul-betul belajar bercakap ketika usianya 5 tahun. Berbanding Alisya, seawal usia 2 tahun telah menunjukkan minat dengan bahan bacaan dan minat bercerita tentang apa yang dilihat dan dibuat.

Ok, ada pula yang tanya... Macam mana pula nak pupuk komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak-anak? Dan secara tidak langsung menjadikan anak-anak kita seorang yang peramah.

Berborak sambil makan/minum pun syok juga! :)

Tips agar anak mudah berkomunikasi/peramah:
1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.


Nota kaki: Saya bukanlah pakar, tapi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman. Moga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang bertanya dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bagi memupuk anak-anak untuk berkongsi cerita, selain hanya bersoal jawab.

Jangan nanti bila anak-anak dah meningkat remaja, baru kita nak ajar mereka tentang komunikasi. Sebab masa tu anak-anak dah mula ada kawan dan merasakan bahawa kita (ibu bapa) tidak penting bagi mereka.

So, good luck parents! (^_^)¥

Monday, December 15, 2014

Khalisya Si Peramah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih ingat pada entri yang anak-anak saya dapat surat dari jiran sebelah? Saya ada bercerita tentang Khalisya yang sangat peramah.

Umur Khalisya sama dengan umur Alisya saya, 4 tahun. Orangnya kecil molek, juga sama seperti Alisya saya. Cuma dia rendah sedikit dan berambut kerinting... Tapi tetap comel!

Khalisya ni adalah cucu kepada jiran baru saya tu... yang saya seronok tentang Khalisya ni, dia sangat peramah... Kalau nampak saya keluar rumah, macam-macam soalan keluar dari mulutnya.

"Makcik sihat?!"
"Makcik dah siap masak?!"
"Makcik masak apa?!"
"Makcik dah makan?!"

Macam-macam lagilah soalannya. Tapi saya seronok melayan! Nak kenal Khalisya?! Ini la orangnya, dibelakang Alisya tu...

Sejak akhir bulan November ke bulan Disember ni saya dan keluarga sibuk ulang alik ke KL. Mencari rumah, menguruskan sekolah baru Faris dan Alisya... Maka kami jarang ada di Melaka.

Bila kami balik je ke Melaka, Khalisya tanya macam-macam lagi. Nampak je saya turun dari kereta, terus dia tanya...

Khalisya: Makcik pegi mana? Lama saya tak nampak makcik.

Saya: Balik kampung... Khalisya dah makan?

Khalisya: Dah makan... Makcik balik kampung mana?

Saya: Kuala Lumpur...

Khalisya: Ada apa kat Kuala Lumpur?! Lama sangat makcik pegi sana.

Saya: Acik ada rumah kat sana... Acik jumpa abang, kakak dengan adik acik. Macam Khalisya jumpa abang Iman dengan kak Ain kat rumah lagi satu tu... (Khalisya lebih suka duduk rumah neneknya, kakak dengan abangnya duduk dengan mak ayahnya, kalau tak silap di Umbai)

Khalisya: Makcik tak payah la pegi... Makcik telefon je abang dengan kakak tu... suruh datang sini. (Sebab selalu kalau dia rindu abang dengan kakak dia, dia telefon je suruh datang rumah nenek tu)

Saya: Abang Iman dengan kak Ain duduk dekat je... Boleh la datang sini. Abang dengan kakak acik duduk jauh...

Khalisya: Kalau macam tu makcik pegi sekejap je la... Jangan pegi lama-lama...

Lepas tu dia soal siasat Faris dengan Alisya pula. Comel betul budak ni... Petah pula tu. Abang dia si Iman tu pun banyak cakap... Umur 6 tahun. Tapi kakak mereka si Ain tu pemalu sikit... umur 7 tahun sebaya Faris... Ain tu la yang hantar posto tempoh hari... (^_^)

Nota kaki: Macam mana la agaknya Khalisya bila saya betul-betul pindah nanti... Sedih pula! :(

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, December 03, 2014

Terjebak Dengan Beg Silang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kiri: Poksu  Kanan: Pak Anjang
Hari tu masa encik hubby bertugas untuk Perhimpunan Agung Umno, saya dan AF duduk di Gombak. Abang saya ada beri Faris sebuah beg silang. Bukan main suka la dia dengan beg pemberian Pak Anjangnya tu. 

Sejak dapat beg tu, Faris pakai setiap masa... Tidur pun pakai beg tu. Kalau kita ambil dan simpan, dia akan bising bertanyakan beg tu... sampai tak larat nak dengar dia membebel. Akhirnya biarkan je lah dia pakai beg tu....

Nampak tak?! Nampak tak?! Dah "sepesen" je macam Poksu dan Pak Anjangnya... Siap pakai cap tak tahan tu... sebab nak sama dengan pakcik-pakciknya...

Saya ingatkan dah balik Melaka ni dia tinggalkanlah beg silang tu... sekali aduhai... Ke mana saja dibawanya... Sekali Alisya pun terjebak sama pakai beg silang!

Kalau awal-awal dulu dia isi buku nota dan pen yang saya belikan... tapi sekarang tau dia isi apa dalam beg tu?! Taraaaa.... Semua mainan!! Sabar je la...

Tapi mainan ni memang dia akan guna/main sementara tunggu makanan ke, tunggu giliran ke atau sambil-sambil tunggu abahnya beli barang (sebab abahnya kalau beli barang kemain la lamanya, mengalahkan saya!)...


Nota kaki: Dah masuk minggu kedua cuti sekolah... Faris dan Alisya nampak ok tanpa tab dan handphone atau sebarang gajet... Langsung tak tanya. So, tak pe la kalau nak bawa beg silang pun Adam Faris! :p

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, November 29, 2014

Coconut Shake: Akan Rindukah Nanti?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mendapat berita bahawa encik hubby akan bertugas semula di Kuala Lumpur, bermula 1 Januari 2015. Setelah beberapa tahun di Kuantan, kemudian 3 tahun di Melaka, kini kami akan berpindah semula ke KL. Sebaik mendapat berita tu, rasa penatnya la berkemas untuk berpindah. Letih!  :(

Kalau beritahu 6 bulan atau setidak-tidaknya 3 bulan sebelum tarikh lapor diri (1 Jan 2015), ada juga masa bertenang. Fikir pula Faris dah bersekolah, memang serabut dibuatnya! Mana nak duduk... mana nak sekolah. Haih!!

Dalam saat serabut berfikir tentang rumah... Terfikir pula saya... Agak-agaknya apa yang akan saya rindukan tentang Melaka?! Hm... mungkin coconut shakenya?! Ya, mungkin! :p


Nota kaki: Lebih serabut lagi, bila memikirkan Faris nak masuk sekolah baru... Sekolah lama hari tu pun hampir 4 bulan asyik menangis... even encik hubby saya tunggu setiap hari di luar sekolah sehingga habis perhimpunan... Setiap hari!!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, November 28, 2014

Rezeki Hari Jumaat.. :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni Adam Faris ikut Pak Anjangnya pergi solat Jumaat. Bukan main excited dia nak pergi solat dengan Pak Anjang. Sebaik Pak Anjang start motor, dia dah kelam kabut masuk bilik air, ambil wuduk dan pakai seluar panjang serta kopiah "pinjam" milik Pak Anjang. 

Balik tu, Faris pegang duit RM1. Saya ingat Pak Anjang yang bagi, rupanya ada seorang pakcik yang berikan duit tu pada Faris ketika Faris duduk di tepi dinding masjid setelah mengerjakan solat Jumaat.

Abang saya cerita, katanya pakcik tu dah pun berjalan keluar dari masjid, tetapi kemudian masuk semula dan berikan Faris duit RM1. Masa pakcik tu menghulurkan duit pada Faris... abang saya cakap, "eh duit apa pula ni?" 

Pakcik tu cakap, "tak pe la... ambil je...". Tersenyum dan terus berlalu pergi. Terus abang saya tanya Faris, "Faris ada minta duit ke?" Faris jawab, "Tak de la... Ayies duduk je, lepas tu dia bagi seringgit".

Faris cerita pada saya rupanya, lepas habis solat tu katanya dia rasa haus. Terdetik dalam hati rasa macam nak beli air. Tapi tak bawa duit. Masa dia duduk tu dia terasa sangat nak minum air. Tiba-tiba pakcik tu bagi dia duit. 

Kalau ikutkan duit yang pakcik tu bagi, memang cukup untuk Faris beli sebungkus air. Itulah dinamakan rezeki. Dapat hari Jumaat pula tu. Alhamdulillah. Tapi Faris bila dapat duit tu, sayang pula nak guna, sebab tu dia bawa balik dan suruh saya simpan. Tau pula dia erti "sayang". (^_^)

Nota kaki: Faris memang agak rapat juga dengan abang saya, sebab masa dia baby lagi (masa saya duduk jauh dengan encik hubby), abang saya la tukang dodoikan Faris sampai tertidur...

Thursday, November 27, 2014

Siapa Kata Anak Tak Memerhati?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi bercerita tentang kain baju. :p Tapi kali ni nak cerita tentang Faris dan Alisya. Masa saya melipat kain, kebanyakkan baju-baju kakak, abang dan adik saya, saya tak cam. Maklumlah jarang-jarang balik Gombak.

Bila saya tak cam kain baju kakak, abang dan adik saya... maka susahlah saya nak susun ikut tuan empunya baju. Kalau dah susun siap-siap, boleh la angkat terus letak di bilik mereka.

Lama dok menung baju siapa la yang saya tengah lipat ni... saya pun tanya Alisya dan Faris. "Ni siapa punya baju ni eh?" AF jawab serentak, "Poksu".

Ooo ok... Saya lipat dan letak di tempat adik saya. Lepas tu lipat pula yang lain... Tanya lagi, "Ni siapa punya pulak?" Alisya jawab, "Itu Mak Ngah punya la mama.." Saya jawab, "ok"... Yang jadi masalah tu kakak saya memang suka pakai baju adik saya. Kalau adik saya buat 5S pada almari baju dia... Memang kakak saya akan ambil baju-baju tu. Sebab elok lagi, sayang nak buang apatah lagi nak buat jadi kain buruk!

Saya: Yang ni pulak siapa punya ni?

Faris: Kenapa mama ni?! Tu baju Mak Ngah la... asik tak tahu je mama ni! (Sambil gelak-gelak)

Saya: (Tergelak) Manalah mama tau... Kalau mama tahu, mama tak tanyalah... Macam mana Faris tau ni baju Mak Ngah... Poksu... Pak Anjang?

Alisya: Tahu la... Semalam Alisya main lawan-lawan dengan Poksu, Alisya nampak la baju yang Poksu pakai tu...

Faris: Hah, memang la!

Alisya saya yang baru berusia 4 tahun ni, memang seorang pemerhati yang baik... malah seorang yang sangat teliti. Bayangkanlah, kalau baju saya berlubang sikit je pun... dia akan perasan! Ayat dia selalunya macam ni, "Kesian mama, baju mama dah koyak... nanti kita beli lain yea... tunggu gaji..."

Hehe comelkan Alisya saya! (^_^)

Tips Keibubapaan: 
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste"  apa yang ibu bapa lakukan.  Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, November 25, 2014

"Eni... Angkat Kain Jemuran..." (^_^)y

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Pembukaan cuti sekolah ni, saya dan anak-anak duduk di rumah pusaka arwah mak dan ayah. Sementara encik hubby kena bertugas di PWTC, untuk persidangan UMNO sehingga 30 November ni.

Cuaca di Gombak sekarang ni pun tak boleh diagak... sekejap panas terik, tak lama lepas tu hujan selebat-lebatnya. Semalam pun hujan... maka banyaklah kain yang masih belum kering. Selain baju saya, Faris dan Alisya, ada juga baju kakak, abang serta adik saya. Memang banyaklah!

Seawal pagi saya dah ampai semua baju di pagar... semua baju saya letakkan di tempat yang kena matahari. Pintu dan sliding door, saya buka seluas-luasnya agar saya boleh pantau keadaan cuaca dari dalam rumah. :p Sementara masak, saya pesan juga pada Faris, kalau hujan cepat-cepat panggil saya.

Selesai masak, saya pun duduk di ruang tamu... Nampak mendung ni. Saya pun keluar dan angkat baju yang dah kering. Mana yang masih basah, saya biarkan dulu, walaupun matahari sekejap ada... sekejap tak de.

Agak-agak dah setengah jam saya keluar semula, mana baju yang kering saya angkat... baju yang masih basah saya terbalikkan (macam terbalikkan sate kat bara api... :p ). Kemudian saya masuk rumah... tak lama lepas tu keluar lagi dan terbalikkan lagi baju-baju tu.

Terdetik di hati... "Eh sama macam ayah buat dulu..." lepas tu saya tergelak sendiri. Kalau nak tahu, arwah ayah saya dulu, itulah kerjanya lepas dia pencen. Sekejap-sekejap dia akan keluar dan terbalik-terbalikkan baju di ampaian... saya dengan arwah mak selalu gelak bila ayah buat macam tu... Sebab rasa pelik, kenapa nak diterbalik-terbalikan baju tu kan...! Tapi tak sangka, hari ni saya buat benda yang sama macam arwah ayah  buat dulu... Dan sekarang saya gelakkan diri sendiri... :p


Nota kaki: Moga arwah mak dan ayah saya tenang saja di sana. Al-Fatihah. 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, November 17, 2014

Posto! Posto! Hehe...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sabtu lepas, masa kami baru balik dari Pantai Puteri, Melaka, kami nampak sekeping kertas warna pink berdekatan dengan motor encik hubby. Mula-mula cuak juga. Ingatkan surat amaran TNB (sebab sebelum tu kami dah dapat surat warna kuning TNB... :p)


Rupanya ada surat dari jiran sebelah kami (jiran baru). Kawan-kawan AF yang dulu Alisha dan Zafran dan berpindah ke Johor. Sejak Alisha dan Zafran berpindah, Alisya selalu sangat tanya, bila rumah tu nak ada orang. Alisya kata dia bosan tak de kawan. Alhamdulillah akhir Oktober lepas dah ada jiran baru...

(Zaman anak-anak kita sibuk dengan gajet... tapi masih ada yang pegang pensel dan hantar surat/posto untuk berkawan... Siapa kata cara tradisional dah lapuk?) 

Memang ramai budak-budak kecil di rumah jiran baru saya tu... Masa mereka mula-mula pindah masuk, Faris dan Alisya ada la "usha-usha" nak kawan. Tapi mereka agak malu-malu. Sekarang ni mungkin dah ready la kot nak berkawan... Tak percaya?! Tengok ni...


Siap ada tempat kosong kena isi tau!! Hehe cute pula saya tengok! Saya dengan encik hubby tergelak tengok surat tu. Lepas tu saya suruh Faris isi tempat kosong tu dan pass semula pada jiran sebelah. Tak lama lepas tu Faris dan Alisya dah boleh borak dan main dengan jiran sebelah.

Sebenarnya, budak-budak kecil di sebelah rumah saya ni adalah cucu-cucu kepada tuan rumah. Keluarganya besar, anak-anak dah besar. Memang meriah rumahnya dengan suara budak-budak ni. 

Ada seorang cucu akak ni, namanya Khalisya, rambut kerinting... Comel sangat! Umur pun sebaya Alisya saya. Budak Khalisya tu, kalau nampak saya di luar, selalu tegur saya.

"Makcik sihat?"
"Makcik dah masak?"
"Makcik dah makan?"
"Makcik makan apa tadi?"
"Makcik nak pergi mana?" (bila dia nampak saya start engine kereta)
"Makcik buat apa tu?"
"Abang mana makcik?" (tanya Faris mana)
"Makcik dengar baby Adam nangis?" (saya tak sure baby Adam tu adik dia or sepupu dia... maklum la... ramai orang keluar masuk rumah tu... saya pun tak cam... maklum la keluarga besar...)

Kemain la banyak soalan dia... tapi dia memang cute sangat. Nanti ada masa/peluang saya ambil gambar Khalisya, cucu jiran saya.


Nota kaki: Masa encik hubby saya pergi Jepun selama seminggu bulan lepas, tak de la saya rasa takut sangat. Sebab anak-anak jiran saya akan duduk depan rumah sambil main gitar dan berbual... Alhamdulillah... Itulah salah satu hikmah berjirankan?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, November 08, 2014

Jom Meriahkan "Tupperware Hotspot"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sejak Khamis lalu kami dah sibuk mengedarkan kad jemputan bagi event "Hotspot" Tupperware Brands di sekitar Melaka. Hotspot berlangsung hari ini dan esok (8 & 9 November 2014), bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi peminat Tupperware Brands, anda dijemput hadir bagi memeriahkan Stokis Ayer Keroh, Melaka. Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik akan berlangsung. Jangan lepaskan peluang tau!


Kalau ada rakan blogger yang baca entri ni dan ingin datang boleh maklumkan pada saya, 0193441384.

Thursday, October 23, 2014

Saya Sedang Berpantang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Ya, saya sedang berpantang. Tapi bukanlah berpantang sebab saya pregnant @ keguguran, jauh sekali pantang bersalin... :p

Saya mengalami bisa-bisa pinggang hingga ke kaki (tumit to be exact)... tak tau nak cakap la sakit macam mana... Macam nyucuk-nyucuk gitu la kot. Dalam keadaan encik hubby yang jauh beribu batu dari Malaysia, anak-anak yang masih belum tahu apa-apa... memang menakutkan!

Bayangkanlah saya yang sedang sakit ni tinggal bertiga dengan Faris dan Alisya sepanjang 7 hari lepas (encik hubby bertugas di Jepun), rutin hantar dan ambil anak pergi balik sekolah, buat kerja rumah mengemas, masak dan lain-lain... Terasa sangat menyakitkan dan memenatkan..

Sampai satu tahap tak mampu nak tahan sakit, saya Whatsapp kakak saya, menaip mesej sambil menangis... Masa tu saya fikir, kalau la jadi apa-apa pada saya... macam manalah anak-anak saya.

Si Alisya yang sangat prihatin, bila tengok saya menangis terus dia urut tapak kaki kanan saya... (dia tahu saya sakit kaki). Walaupun tangannya yang kecil tu tak mampu kurangkan sakit saya, tapi saya rasa tenang juga...

Merata jugalah saya mencari tukang urut/bidan. Pada saya jika diurut mungkin akan rasa lega. Dapat call dan buat appointment dengan bidan untuk berurut sebelah malam lepas Isyak Selasa hari tu... Mikirkan malam dan keadaan saya yang sakit, kakak saya sarankan minta staff encik hubby saya temankan.

Sebab sakit sangatkan, saya dengan tak malunya mesej staff encik hubby saya, Shida. Mujurlah Shida sudi nak tolong saya. Tapi.... nak dijadikan cerita lepas Maghrib tu, bidan tu call kata dia ada hal pula... Frust jugalah saya... Maklum la tengah sakit, tiba-tiba cancel berurut pula.

Malam tu juga Shida tolong saya cari bidan lain... Merata juga dia tanya orang. Baiknya Shida... Dan akhirnya jumpa! Terus saya set appointment esoknya. Bidan tu datang sendiri ke rumah saya.

Kata bidan tu, saya kena bisa sejuk. Kebanyakan urat bergumpal. Sakitnya tak tau nak cakap la... Makin diurut untuk dileraikan gumpalan tu, makin sakit rasanya. Peranakan pun sedikit turun, menyebabkan sakit berganda!

Alang-alang dah jumpa bidan, saya minta untuk diurut satu badan 3 hari berturut. Termasuk sengkak.

Sekarang ni baru la rasa lega sikit badan saya ni... Bidan tu pesan, saya kenalah berpantang sikit, agar tak kena bisa sejuk lagi lain kali.

Berikut adalah tips elak bisa sejuk yang diberikan tukang urut/bidan kepada saya.

1. Kena sentiasa pakai selipar/stokin di rumah.
2. Elakkan minum ais/air sejuk.
3. Elakkan makan sayur-sayur yang sejuk.
4. Kurangkan penggunaan air-cond. (Saya rasa memang ni sebab utama. Saya memang tak tahan air-cond, setiap malam pasang air-cond, sebab Faris alah kipas, sebab ada mild resdung. So, malam pun saya kena pakai stokin)
5. Disebabkan darah saya tak mengalir betul, bidan sarankan saya tidur, dengan kaki di tinggikan sedikit dari kepala.)

Alhamdulillah sekarang dah makin lega... tak de lagi bisa-bisa badan... Encik hubby pun balik dari Jepun hari ni... makin legalah saya...

Nota kaki: Saya kongsikan nombor telefon tukang urut/bidan ni. Manalah tahu ada orang yang mencari tukang urut/bidan sekitar Melaka. Kak Lela: 012-3131715 (Masjid Tanah)

Thursday, October 09, 2014

12 CPUV On Going?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya sebenarnya dah lama juga tak menjenguk akaun Nuffnang saya... Lama, memang lama... Menulis blog juga cuma di atas kertas (buku nota)... Mood menulis pun tah ke mana perginya... Entri yang duduk dalam draft jangan cakap la... Memang berderet! Tah bila nak keluar tak tahu la. Lately ni saya cuma gemar membaca blog orang lain.

Saya percaya, malah sangat percaya bahawa penulisan juga perlukan komitmen, dari segi masa, pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan lain-lain. Tanpa semua tu... memang takkan ada penulisan yang baik untuk dimanfaatkan oleh pembaca. Kalau tak de yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca, mungkin penulisan tu penulisan yang sia-sia. Rugilah kan?!

Apapun, berbalik kepada Nuffnang saya, nampaknya masih ada rezeki untuk saya. Baru sekejap tadi saya buka... sekali kira ada 12 on going CPUV. Alhamdulillah... (^_^)

Nampak gayanya saya kena la lepaskan beberapa entri dari draft, supaya berguna juga CPUV yang saya dapat tu... Orang kata rezeki dah ada depan mata, takkan nak tengok je kan... Kena usaha juga untuk dapatkan hasil... Biarlah walau sikit. Patut bersyukur, sebab saya tahu ramai juga yang belum pernah merasa CPUV walau dah bertahun-tahun letak iklan Nuffnang di blog masing-masing. Moga Allah turut memberikan rezeki berblog buat awak, awak, dan  juga awak, kalaupun bukan dengan Nuffnang, mungkin juga dengan pengiklan lain... Amin, Insya Allah...

Rezeki kita semuanya berbeza. Rezeki bukan dalam bentuk wang je. Anak bijak juga rezeki, rumah selesa juga rezeki, pekerjaan baik juga rezeki, jiran-jiran yang baik juga rezeki, kawan-kawan yang baik juga rezeki, eh jangan tak tahu sihat tubuh badan pun rezeki tau! Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada/dapat.

Thursday, October 02, 2014

Prihatinnya Kamu, Duhai Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah tiga hari saya batuk, sampai hilang suara. Seingat saya tak de pula siapa-siapa di rumah ni yang kena batuk. Mugkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni... Kadang-kadang panas terik, tak lama lepas tu hujan mencurah-curah...

Dua hari lepas saya tak boleh nak bercakap langsung... suara tak keluar. Sampai Faris dan Alisya cakap, "mama sakit tekak, mama diam je, tak payah cakap..."

Pagi ni rasa tak sedap badan. Saya tak dapat tidur lena semalaman sebab batuk kuat sangat... Lepas siapkan bekal Faris, saya tidur semula. Badan panas. Harap-harap lepas tidur saya akan rasa reda sikit.

Mungkin sebab tak tidur lena malam semalam, buatkan saya agak lena tidur pagi tu... Sedar-sedar, Alisya cium-cium pipi saya... Lepas tu saya dengar dia cakap:

Cinta hati saya...
Alisya: Mama, panasnya muka mama! (sambil tangan kecilnya meraba-raba muka saya, dari dahi ke pipi dan ke leher...) Panas ni. Jom-jom bangun. Alisya bawa mama pergi klinik. (sambil tarik-tarik tangan saya)

Saya: Larat ke nak angkat mama?

Alisya: Kalau mama kecil macam ni, Alisya boleh la angkat... (sambil tunjuk cara dia angkat bantal peluk kepunyaannya)... Sebab tu Alisya suruh bangun. Bangun, bangun, nanti Alisya pegang.

Wah, kemain bersungguh-sungguh dia nak bawa saya ke klinik. Kelakar pun ada. Saya beritahu Alisya, kalau saya mandi... kuranglah demam saya. Lepas tu kelam kabut dia suruh saya mandi.

Prihatin juga kamu yea Alisya... Tersentuh hati mama. Moga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Oh ya... Semalam pun masa hantar Faris ke sekolah agama, Faris suruh saya tunggu je dia di luar sekolah sebab sekolah agama dia semalam jam 4.30 - 6.15 je... Saya beritahu dia saya tak larat nak tunggu depan sekolah, saya nak balik dan berehat di rumah.

Lepas tu Faris cakap, "oklah kalau macam tu... Mama pergi klinik kat sana dulu... ambil ubat. Lepas tu rehat kat rumah... Kalau mama tak larat, mama call abah, suruh abah je datang..." Baik betul dia, siap plankan apa yang patut saya buat.

Tapi mama dia ni, punyalah malas nak pergi klinik dan ambil ubat... Encik hubby pun dah dua tiga kali ajak saya pergi klinik... Ish, memang malas la nak ambil ubat. Rasanya dah lama juga saya tak makan ubat klinik... Kalau doktor bagi pun confirm saya tak makan. 

Anak-anak kecil saya... Kadang-kadang mereka boleh buat saya rasa tersentuh hati dengan kata-kata mereka... Moga mereka mudah untuk menimba ilmu, jadi anak-anak yang baik, berjaya dunia akhirat. Amin...

Saturday, September 27, 2014

Buku: Give Me A Hug & Dream Big

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari dapat gaji ni memang Encik hubby akan bawa saya dan anak-anak jalan-jalan. Dan salah satu tempat wajib kunjung saya adalah kedai buku. Encik hubby pun dah masak dengan perangai saya... 

Bila lalu depan kedai buku je dia pun slow, sebab dia tahu saya akan masuk kedai tu. Biasanya saya akan aim buku-buku yang ada diskaun untuk ahli... (Maklumla, saya kena manfaatkan setiap sen yang encik hubby saya berikan...)(^_^)

Kali ni saya beli dua buah buku motivasi kehidupan oleh Nick Vujicic bertajuk Give Me A Hug dan Dream Big.  

Subhanallah, buku ini adalah buku WAJIB baca oleh kita semua yang cukup sifat! Menitis air mata ketika membaca chapter 1, Give Me A Hug. Dengan garapan cerita ringkas dan ilustrasi... Makin terasa sampai mesejnya.

Begitu menyentuh hati... Sebab tu saya terus decide untuk beli buku ni dan sambung baca di rumah.

Sampai je di rumah saya terus baca... dari satu chapter ke chapter berikutnya malah hingga habis! Begitu kuat semangat Nick! Saya kongsikan sedikit latar belakang Nick berdasarkan buku ni...

http://inspiration.entrepreneur.com/clipper/thextraordinary.peter/extraordinary-people-27298/16407.html
* Nick muda 2 tahun dari saya... 32 tahun umurnya tahun ini.
* Disahkan doktor, mengalami phocamelia (lahir tanpa tangan dan kaki)
* Pada usia 16 tahun dia telah berdiri di hadapan beribu-ribu orang dan berkongsi cerita tentang "kelebihan" dalam kehidupannya.
* Pada usia 21 tahun dia telah graduate dalam bidang accountancy dan financial planning.
* Telah merantau ke lebih 14 buah negara. 
* Dia mahir dalam berenang, menyelam, bermain bola sepak, bermain golf, main skateboard dan macam-macam lagi!! (yang sebenarnya agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang tidak mempunyai kaki dan tangan, tapi Nick dah buktikan bahawa tiada yang mustahil)
* Telah berkahwin dan mempunyai anak.

Masa saya baca buku ni, Faris tanya saya... "Kenapa dia tak de tangan dengan kaki, mama? Macam mana dia nak garu belakang kalau dia tak de tangan dengan kaki..."  

Oh anakku, mama rasa nak menangis dengar soalan tu... Agak-agaknya apa jawapan yang anda, anda dan anda nak bagi?!


Nota kaki: Buku-buku ini berkulit keras dan berharga RM39.90 setiap satu. Moga kita lebih bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, September 25, 2014

Lukisan Dari Hati Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak dua menjak ni, Alisya dah lukis berbentuk... sebelum ni dia hanya buat garisan... Sekarang dah pandai buat bulat, empat segi dan macam-macam bentuk lagi... Jom tengok apa yang Alisya lukis... (^_^)

Comel tak lukisan saya?!
Katanya ni Jarjit (Upin Ipin)... hehe
Ada rupa tak?!
Yang ni pula katanya MONSTER...
Tapi senyum je Monsternya... hehe

Walaupun pegang pensil tak betul lagi... Tapi memang Alisya enjoy melukis je sekarang ni... Kadang-kadang pakai pensil... Kadang-kadang pakai pensil warna... Kadang-kadang pakai pen...

Satu lagi tabiat si Alisya ni... dia akan lukis satu lukisan satu muka surat... dan setiap kali dia habis lukis apa-apa... dia akan cium lukisan tu... Setiap lukisan dia ada nama tau... macam-macam namanya... ada si bulat la, si comel la, si hitam la... macam-macam! Haha comel je tengok...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, September 19, 2014

Risau?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pagi tadi saya bawa Alisya pergi beli nasi lemak kegemaran saya di Gombak ni... Dalam kereta masih lagi terdengar Alisya sok sek sok sek... Kesian, semalam dia kena selsema...

Malam tadi dia batuk-batuk... Saya pula kena cirit birit... tak tau la apa yang silap makannya... Jadinya tak larat la saya nak bangun... Mr hubby bangun dan ambil ubat batuk, buka lampu dan suruh Alisya minum. Tak lama kemudian dia tidur... Lena...

Masa dalam kereta tu Alisya cerita pada saya...

Alisya: Mama, semalam masa abah buka lampu tu... Alisya RISAU...

Saya: Risau?! Kenapa risau...?

Alisya: RISAU la, sebab abah buka lampu... abah suruh  makan ubat warna hitam (ubat batuk)...

Saya: Ye la.. kena la makan ubat... kan Alisya batuk malam tadi...

Alisya: Ye la... patutnya abah tak payah la buka lampu... sebab lampu tu RISAU...

Dah... kenapa pula lampu yang risau?! Confuse saya dibuatnya... masa saya tengah fikir apa agaknya RISAU tu... Alisya cakap...

Alisya: Mama tak tahu ke RISAU?! RISAU tu, bila malamkan, kita buka lampu... lepas tu kita tutup mata macam ni (sambil tutup dua-dua mata dengan tapak tangan) kalau siang-siang pun boleh RISAU... sebab matahari tu kuat sangat!

Saya: Oh... itu SILAU sayang... SILAU... Risau tu lain... (baru la saya faham apa yang dimaksudkan RISAU oleh Alisya tu...)

Alisya: Ooo RISAU tu apa?!

Saya: Risau tu susah hati... Macam sekarang ni Alisya selsema, batuk... Mama risau la...

Alisya: Ooo, mama jangan risau... Alisya sakit sikit je... Nanti dah makan ubat elok la...

Alololo... bijaknya Alisya ni... Pandai pula dia aplikasi terus perkataan RISAU tu... Comei je... Alisya ni beza sikit dengan Faris... Alisya kalau nak suruh cerita atau elaborate sesuatu dia memang pandai... tengok la macam mana dia cuba explain perkataan SILAU pada saya tu...

Kalau Faris, dia kena cakap direct... Tak boleh ayat panjang-panjang... Kalau ayat panjang... Atau kita tanya macam-macam... Nanti dia sendiri pun confuse... (^_^)

Ye lah... lain anak, lain kemahiran dan kepakarannya ye dak?!

Monday, September 15, 2014

Bayou Lagoon, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 21 Zulkaedah,

Alhamdulillah semalam dapat tunaikan permintaan anak-anak untuk mandi manda... Maklumlah cuti sekolah pun dah mula... Maka ada je lah plan anak-anak yang minta ibu bapa penuhi... Sejak dua menjak ni AF saya memang tersangatlah suka aktiviti mandi kolam...

Di Melaka ni, ada beberapa tempat yang boleh mandi manda... tapi kami pilih untuk ke Bayou Lagoon sebab dekat je dengan rumah kami... Tempat tu dulu encik hubby saya pernah recce untuk aktiviti kelab office dulu. So, katanya tempat tu menarik... 

Untuk kanak-kanak...
Yang tengah kolamnya sangat cetek... sesuai untuk baby atau yang bawah 1 tahun... yang belakang tu... untuk dewasa...
bahagian depan, masih cetek dan sesuai untuk kanak-kanak

Dalam banyak-banyak tempat AF saya hanya suka main ni... Tak jemu-jemu pula tu turun naik benda ni...


Yang dekat sini berani main air gini je la... dua beradik ni sebenarnya penakut juga... tapi Alisya dengan Faris... Memang Faris la paling penakut nampaknya... Nama je abang...


Dua jam mandi tak ingat dunia... sampai yang seorang kecut tangan... sampai menggigil, biru bibir... Yang seorang lagi, bila dah injured baru nak keluar dari kolam... Haih, macam-macam!

Tangan Alisya sampai kecut!
Faris pula sampai injured... :p Last2 encik hubby saya ajak balik...
Kesian.. tak puas mandi katanya...

Apa pun rasanya saya boleh la suggest kan tempat ini untuk dikunjungi pada musim cuti sekolah ni... Yang penting, mak ayah yang bawa anak-anak tu, mandilah sekali dengan anak-anak... Bukan apa... Bayaran untuk dewasa RM20, kanak-kanak pula RM15, anak-anak yang tingginya kurang dari 3 meter, masuk PERCUMA... Saya tak mandi, malah tak celup kaki pun di kolam... terasa rugi pula bayar sampai RM20. Saya masuk 4 beranak, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak totalnya RM70. 

Bayou Lagoon buka pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari... 

Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil,
Melaka.
Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876
Email : reserve@bayoulagoon.com.my
website : www.bayoulagoon.com.my

Nota kaki: Rakan blogger, Zaza Abdul Latif pun ada buat satu entri pasal Bayou Lagoon ni... boleh terjah di sini yea... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, September 12, 2014

Mitos Pensil Kontot!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 27 Zulkaedah,

Ada satu hari tu, bila Faris balik sekolah dia tanya saya, "Mama, kalau pensil tinggal pendek ni (sambil tunjukkan jari kelingking kanannya) nanti Mama dengan Abah mati eh?" 

Saya terkejut... Tak lama lepas tu saya gelak... "Siapa cakap?" tanya saya.

"Dak Azim cakap (Faris sekarang dah cakap macam orang Melaka!)... dia kata kalau pensil pendek ni Mama dengan Abah mati... Iye ke mama?!" 

"Mana ada!! Itu orang panggil pensil kontot... tak de kena mengena dengan Mama mati ke... Abah mati ke..." jawab saya.

"Tapi dak Azim cakap macam tu!" Faris masih lagi tak puas hati dengan jawapan saya.

"Mama dengan Abah... memang akan mati nanti... tapi bukan sebab pensil kontot tau... tapi sebab Allah nak jumpa..." 

"Dak Azim tu suka tipu Faris!!" Lepas tu terus dia diam...

Kelakar pula saya bila fikir-fikir balik pasal pensil kontot ni... Benda ni masa saya kecik-kecik dulu pun saya dah dengar... Masa tu gagah la kita tak asah pensil sampai kontot... kan?! kan?! kan?! (^_^) Lagi satu mitos pasal pensil ni, 'jangan asah dua-dua belah...' alasannya tetap sama 'nanti mak ayah mati'.

Siapa pernah dengar mitos ni masa kecik-kecik...?! Saya tanya encik hubby saya, dia kata dia tak pernah dengar dua-dua mitos tu... hahahaha lagi saya gelak sakan!! Sucinya la kanak-kanak di zaman encik hubby saya...

Orang tua-tua dulu memang akan cakap berkias... Sebabnya nak bentuk sikap anak-anak tu sendiri... Kalau ikut logikkan, macam mana nak menulis dengan pensil yang pendek macam gitu kan?! Nak pegang pun susah... macam mana nak tulis dengan cantik dan kemas nanti!! :p Ke siapa ada jawapan lebih tepat pasal mitos ni?


Nota kaki: Ada satu cerita pasal Alisya... berkait dengan perbualan saya dengannya tentang kematian... nanti saya buat entri lain... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, September 10, 2014

Thank you, Yana...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 15 Zulkaedah 1435,

Minggu lepas lagi saya dapat 'tanda hati' pemberian Yana @ http://iamaproudmama.blogspot.com. Tapi hari ni baru nak publish entri ni... Hehe sorry Yana!!

Yana bagi saya fridge magnet ni sebab blognya dah pun berusia 2 tahun... Yey!! Tahniah Yana, moga Yana lebih rajin berblog dan dapat jana side income juga dari blog Yana tu...

Moga persahabatan maya kita juga akan kekal selamanya... mana tahu satu hari nanti kita bakal ketemu face to face kan?! (^_^)

Apapun terima kasih atas hadiah ni, Yana... Ada yang belum kenal Yana? Jom jalan-jalan kat blog http://iamaproudmama.blogspot.com


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, September 08, 2014

Pakej Demam, Batuk & Selsema

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Elok balik dari Kuantan... Terus melepek disebabkan pakej DBS (demam, batuk & selsema)... Encik hubby kena batuk yang agak teruk pada 29 Ogos lalu... Tak lama lepas tu Faris pula... Saya dok berdoa je agar saya tak dijangkiti sebab nak meraikan majlis bersanding Eiyta pada 31 Ogos lalu...

Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan saya... Jadinya saya bersuka ria meraikan persandingan Eiyta dan berjumpa kawan-kawan lama di Kolej IKIP dulu... Seronoknya jangan kata la... dah nama pun lama tak jumpa... menyebabkan Encik hubby saya kena tunggu saya hampir 3 jam lamanya... hahahah Terima kasih encik hubby... walaupun ada adegan masam-masam muka sikit... Tapi saya buat tak tau je.... hahaha kejamkan saya!!!

Disebabkan DBS Alisya dan Faris tak reda... (lebih kurang 5 hari makan ubat klinik biasa) saya bawa mereka berjumpa doktor pakar kanak-kanak Sabtu lepas... Alhamdulillah, lepas consume ubat dari klinik doktor pakar, baru la DBS anak-anak reda... Siap doktor tu bagi saya ubat batuk+selsema memandangkan saya pun sok sek sok sek masa bercakap dengan doktor tu... Thank you doctor!

So, hari ni saya rasa sihat sikit... Alhamdulillah... barulah boleh nak blogwalking ke rumah kawan-kawan semua... InsyaAllah saya akan singgah ke blog anda... cuma cepat atau lambat je la yea... Tapi... akan sampai... (^_^)

Ini gambar-gambar di sekitar majlis persandingan Eiyta...

Alisya bersungguh nak ambil gambar dengan
auntie Eiyta... sebab dia kata auntie Eiyta
pakai baju princess macam dia :p
Gambar ni Faris yang snap...
Amacam boleh jadi professional photographer?
Ambil la satu dua gambar di pelamin...
Lagi... rakan-rakan IKIP yang dirindui...
Yang tudung biru tu Nad...
kawan Whatsapp dan Telegram saya.. hehe
Ok sila perhatikan baby dalam stroller tu...
Masa ni saya dah kelam kabut nak balik... Nad pulak baru sampai...
Ambil juga la gambar walau tak dapat nak borak panjang...

Baby dalam stroller tu... jeng jeng jeng...
Bukan satu tau... tapi dua... Alololo comeinya la twin baby
Nad ni.. Tak dan nak belek baby Nuha ni... Saya sempat snap gambar je...
Tak pe Nuha... Next time kita bergurau senda yea..

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, August 31, 2014

Tahniah Eiyta dan Azmin

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Merdeka,

Alhamdulillah syukur malam semalam Eiyta dan Azmin telah selamat disatukan dengan sekali lafaz... Tumpang seronok dan bersyukur atas nikmat berkeluarga yang Allah berikan pada Eiyta dan Azmin. Dengan iringan doa, agar jodoh mereka berkekalan hingga ke jannah... Amin...

Awal-awal lagi saya dah minta untuk duduk jauh dari Eiyta sepanjang majlis akad nikah dijalankan, walaupun Eiyta minta saya duduk di sebelahnya... Kenapa?! Entahlah... lately ni saya berhati tisu... hahaha... Saya mudah tersentuh walaupun tengok cerita kartun!! So, daripada saya yang over sok sek sok sek sebelah Eiyta, baik saya duduk jauh sikit...

Moment yang paling saya tersentuh hati adalah ketika melihat wajah ibu dan ayah Eiyta sebaik Azmin melafazkan akad... Agaknya begitulah wajah arwah mak dan ayah saya jika mereka berkesempatan melihat saya dan encik hubby disatukan dulu... Melihat Eiyta bersalaman dan berpelukan dengan ayahnya membuatkan saya rasa terharu... Ayah, walaupun berjiwa lelaki... tetap juga rasa berat untuk melepaskan anaknya. Moment yang sangat berharga!

Tahniah Eiyta dan Azmin... Selamat melangkah ke alam baru... Selamat berkenalan dan berbahagialah antara satu sama lain... Amin...




Saturday, August 30, 2014

Rindu Di Bumi Kuantan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, kami dah pun sampai di bumi Kuantan... Rindu betul!! Walaupun menetap kurang lebih 5 tahun je di sini... tetap banyak kenangan... (^_^)

Saya dah sempat ketemu bakal raja sehari tadi... Hantar barang... sekarang bersantai-santai dulu di hotel, sebelum keluar semula bertemu rakan-rakan di sini. Dan insyaAllah malam karang akan sama-sama menjadi saksi pernikahan Eiyta dan bakal suaminya, Azmin...

Thursday, August 28, 2014

Tak Sabar Rasanya!!! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Zulkaedah,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kasih-Nya, salah seorang rakan saya di IKIP dulu telah bertemu soul matenya...

Sejak saya mendapat tahu tentang perkara ini, saya memang sangat-sangat excited!!! Jika Eiyta ada di depan saya... mahu saja saya peluk-peluk dan berkongsi kegembiraan...

Sebelum majlis pertunangan berlangsung... kami banyak berdiskusi tentang banyak perkara... Terima kasih kepada teknologi yang menjadikan kami semakin dekat walau jauh berbatu... 

Tarikh berlangsungnya majlis pertunangan Eiyta, saya tak dapat hadir...Pun begitu, encik hubby bagi juga ruang untuk saya ketemu Eiyta beberapa hari sebelum majlis pertunangannya... Sweet tak encik hubby saya?! Hahaha... 3/6/14 kami ke Kuantan... Eiyta pun tak tahu... Bila dah check in di Hotel Pavilion, Kuantan, lewat petang baru saya beritahu Eiyta yang saya ada di Kuantan. 

Sebelum-sebelum ni kalau saya ke Kuantan, saya akan duduk di homestay milik Eiyta di E'wasih. Tapi sebab tak booking awal-awal, sebab tak sangka pun nak ke Kuantan, so kenalah cari hotel...   

Walaupun dapat ketemu Eiyta sekejap je pada 4/7 lalu sambil breakfast, terubat juga rindu... Alhamdulillah, saya masih dapat melihat gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Eiyta dengan bantuan rakan-rakan Bella. Terima kasih bella Ana... (^_^)Y

Ini antara gambar yang dihantarkan bella Ana dari masa ke masa :p 

Alhamdulillah bertunang sudah...
Yang tudung merah tu la Bella Ana... yang bersusah payah
ambil gambar sepanjang majlis tu... TQ Ana...


Yang jadi tak sabarnya, majlis kahwin Eiyta akan berlangsung 31 Ogos ni... Tak lama dah... Beberapa hari je ni... Saya pula yang excited tak ingat... hehehe 

Disebabkan saya dah duduk jauh dari Eiyta... Rasa ralat jugalah tak dapat nak tolong dalam persiapan majlisnya... 

Nak matching color tudung ke... nak siapkan hantaran ke... Semua kami discuss dalam WhatsApp je... Pertolongan saya yang tak seberapa... :(

Apa pun, saya ada benda juga nak sponsor untuk tetamu VIP Eiyta nanti... Saya sponsor Tasbih 33 biji... Saya buat sendiri... dan saya harap Eiyta suka... nanti saya buat entri lain utk tasbih tu yea...

InsyaAllah, saya sekeluarga akan bertolak ke Kuantan pada hari Sabtu 30 Ogos... Moga perjalanan saya dipermudahkan Allah... Amin... Kalau berkesempatan nak juga hadir ke majlis pernikahan Eiyta sebelah malam 30 Ogos tu... 

Moga Allah permudahkan urusan Eiyta dan keluarga dalam menyiapkan persiapan akhir untuk majlis perkahwinan pada Ahad ni... Amin... Amin... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...