Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, January 27, 2016

7 Minit Je Cabut Gigi!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak sangka pula lepas saya publish entri tentang pengalaman saya (yang takut jumpa doktor gigi ni) buat Scaling a.k.a Cuci Gigi dapat perhatian. Beberapa orang rakan mesej dan bertanyakan lanjut tentang klinik yang saya dapatkan rawatan tu, iaitu Klinik Pergigian Sharifah Aminah. Rupa-rupanya ramai juga orang yang takut jumpa doktor gigi.. (^_^) Saya ingat saya seorang je... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya entri saya boleh melembutkan hati-hati orang yang juga takut jumpa doktor gigi... :p

Dalam entri kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya cabut gigi di klinik yang sama. Seperti yang doktor dah beritahu pada saya, gigi geraham atas di kedua-dua belah dah pun terhakis. So saya cabut yang sebelah kiri dulu. Memandangkan gigi geraham kiri tu dah terasa sakit sedikit, bila saya ketap gigi. 

Saya ni acah-acah berani je nak pergi cabut gigi. Alisya jadi peneman saya masa tu. Selalunya kalau hantar Faris ke sekolah, Alisya akan tertidur dalam kereta. Tapi disebabkan saya nak cabut gigi saya pesan siap-siap pada Alisya yang saya nak pergi klinik. Elok je dia tak mengantuk. 

Sampai klinik, debar jangan cakap la... Saya dapat giliran nombor 4, sebaik klinik gigi dibuka semula selepas lunch hour. (Klinik tutup dari jam 1.00 - 2.30) Sementara menunggu giliran tu, cuak juga. 

Saya: Macam takut je nak jumpa doktor gigi.

Alisya: Tak apa mama, tengok budak tu dia tak takut pun nak jumpa doktor gigi. Siap nyanyi-nyanyi lagi. (sambil tunjuk pada seorang budak kecil berusia 5 tahun. Kami dengar masa ibunya daftarkan dia di kaunter. Nak cabut gigi yang dah rosak.)

Saya tengok je budak kecil tu. Memang tak de langsung perasaan takut. Muka ceria je... Mungkin juga sebab dia tiada trauma yang melibatkan rawatan gigi, sebab tu dia ceria. Kan?! :p

Bila tiba giliran saya, saya beritahu doktor gigi mana yang nak dicabut. Bila doktor dah periksa, dia meminta pembantunya ambil apa yang diperlukan. Bila doktor nak letak gel di gusi, saya siap tahan tangan doktor tu... :p Siap cakap, "kejap doktor... kejap"

Doktor tu cakap, "ok kalau dah ready bagitahu yea..." kemain memahami doktor ni. Dia tak de lah nak marah sebaliknya di beri saya masa untuk bertenang.

Bila saya dah betul-betul ready, doktor sapukan sedikit gel pada gusi. Kemudian di injectkan bius... sambil bercerita tentang filem Dilwale dengan pembantunya. (^_^) Dua kali saya disuruh berkumur dan lepas tu doktor cakap, "ok dah siap... bukan lama pun."

Saya yang terpinga-pinga dok tanya, "dah siap ke?"

Doktor jawab sambil gelak-gelak, "dah... dah siap dah..."

Bila saya ambil handphone saya dari tangan Alisya, tengok jam, la.. 7 minit je. Alisya siap cakap, "dah ke mama? Alisya tak main lama pun game tu." (nampak, Alisya pun rasa sekejap sangat)

Aduhai, memang tak lama pun cabut gigi, sekejap je. Kes saya 7 minit je selesai... Alhamdulillah saya tak rasa sakit pun sepanjang proses mencabut gigi tu... Sehari selepas cabut pun tak de lah rasa sakit... Harga saya cabut gigi hari tu RM80 sahaja (termasuk ubat tahan sakit dan kapas). 

Saya masih lagi ada satu gigi untuk dicabut. Saya ingat next rawatan, saya nak bawa Faris dan Alisya sekali. Supaya mereka tak takut dengan doktor gigi! (^_^) Jangan jadi macam mama ni... :p

So, siapa-siapa yang tinggal berdekatan Greenwood atau Taman Sunway, dan mencari doktor gigi, bolehlah datang dan buat rawatan di klinik ini. Memang sangat- sangat recommended! 

KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153

No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125


Sunday, January 24, 2016

Buku: Cerita Dari Syurga

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tajuk Buku: Cerita dari Syurga
Penulis: Zamri Mohamad, Yusry Yusopp, Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS
Harga: RM 11.00

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1409

Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.

Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Seorang isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat. Seorang ayah mahu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati anaknya. Diri kita pastinya mahu menjadi insan yang dipuji-puji di langit dan disayangi di bumi. Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang.

Antara kisah menarik di dalam buku ini adalah:
  •  Lihat syurga di jendelamu
  • Bisikan kata-kata syurga
  • Jemaah syurga berkhemah di dunia
  • Semanis dan sepahit gula-gula Kopiko
  • Senyuman adalah cop kekal dalam kenangan
  • Tiket bahagia selalunya berganda

Jika anda mencari buku-buku yang melentur hati, Cerita dari Syurga adalah salah satunya. Ia juga boleh menjadi teman akrab diri. SYURGA, bukankah ia idaman setiap hati?

Friday, January 22, 2016

Dalam Kenangan: Adik Ajmal

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika ada yang terlihat akan entri saya tentang adik Ajmal sebelum ini... Saya cuma nak memanjangkan informasi bahawa adik Ajmal telah kembali ke rahmatullah pada 21 Januari 2016, jam 11.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak syurga ini. 

Ketika The Telekung Project giat menjalankan kutipan dana segera bagi membolehkan pihak hospital menjalankan pembedahan pemindahan hati di India, adik Ajmal dalam keadaan yang sangat kritikal. 

Berbekalkan doa agar Allah mencukupkan dana supaya pembedahan adik Ajmal dapat dilakukan segera. Namun ini semua aturan Allah, Dia telah menggerakkan hati-hati kita untuk membantu... Pun begitu, cukup masanya Dia "panggil" adik Ajmal untuk "pulang".

Biarpun sedih dengan berita ini, namun inilah yang terbaik kehendak Allah. Buat ibu dan ayah adik Ajmal, moga kalian tabah dengan ujian ini. Moga Allah bekalkan kekuatan, ketabahan dan meningkatkan darjat di sisiNya. 

Pada semua yang telah membaca entri saya tentang adik Ajmal sebelum ini dan telah memberikan sumbangan, moga Allah melimpahkan rezeki dan memberikan kesihatan kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak di atas keprihatinan anda. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik anda semua.

 

Adik Muhammad Ajmal Nawfal b. Muhd Riza
19/1/2015 - 21/1/2016
(Penyakit: Kegagalan fungsi hati)
Al-Fatihah

Scaling a.k.a Cuci Gigi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa takut jumpa Doktor Gigi kita geng! Hahaha... Saya memanglah sangat-sangat takut nak jumpa dentist. Dulu masa zaman remaja, saya pernah buat scaling di Klinik Pergigian di Sentul. Tapikan doktor tu tidak friendly dan buat treatment dengan kasar. 

Ya Allah, memang boleh ingat lagi... Patutnya kalau buat scaling atau cuci gigi, kita akan rasa fresh, gigi bersih dan rasa gusi sihatkan? Tapi masa saya dulu, dahlah masa scaling tu rasa sakit sangat, lepas scaling pun gigi dan gusi rasa sakit tak tahu nak cakap. Dalam tiga empat hari juga gusi saya bengkak. Bila pergi semula dikatakan itu biasa. So, menahan je lah saya. Sejak dari tu, saya memang takut jumpa Doktor Gigi.

Encik hubby saya pula pernah buat minor operation pada gigi gerahamnya (sebelah bawah, dua-dua belah. Sebab encik hubby saya giginya berlapis-lapis. So, masa treatment, gusi encik hubby saya kena belah sikit). Melihatkan gusinya bengkak dan tak boleh makan sangat. Pipi pun bengkak. Dalam kesakitan... Aduh, memang menakutkan!

Ni dah umur 30-an memang gigi dah mula buat hal... Gusi pun kerap berdarah bila berus gigi. Saya tahu saya dah lama tak jumpa Doktor Gigi, so masalah yang saya hadapi tu normal. Solutionnya saya perlu jumpa Doktor Gigi.

Bulan November lepas saya gagahkan diri jumpa Doktor Gigi. Menggigil jangan cakaplah. Menunggu giliran je pun buat saya rasa nak pitam. Bila tiba giliran saya, rasa macam... haih tak tahu nak cakaplah. Tapi doktor yang merawat saya tu baik sangat... Friendly. Dia tengok saya cuak, dia cakap "jangan risau, saya check dulu. Lepas tu awak decied nak buat apa yea... Ha, baring."

Saya baring. Nganga mulut dan doktor pun check. "Ok, ada dua option, nak cuci gigi dulu atau cabut gigi dulu (memandangkan gigi geraham atas di kiri dan kanan dah terhakis)?"

Lama fikir, kemudian saya decide untuk cuci gigi dulu. Sepanjang scaling tu saya pejam mata rapat-rapat. Dalam kepala asyik terfikir gusi akan membengkak, gigi berdarah.

Tak lama lepas tu doktor cakap, ok dah siap. Saya macam... "eh dah ke? Tak rasa apa-apa pun." Nampak tak betapa teliti dan berhati-hati doktor tu buat treatment.

Bila nak keluar tu saya siap cakap pada doktor tu, "doktor dah ubah persepsi saya pada rawatan pergigian..." Hahahaha poyo tak? Padahal sendiri yang takut tak memasal! (^_^)

Saya buat scaling hari tu kena bayar
RM180, termasuk ubat-ubatan seperti
di atas.
Oh ya, saya buat scaling di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, Greenwood. Dari pembacaan dan testimoni mereka yang telah mendapatkan rawatan di klinik ni, memang ramai yang cakap bagus. Ada satu hari tu masa tunggu Faris balik dari sekolah, ada ayah-ayah yang cerita pasal bagusnya Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni. Yang saya dengar mereka kata, doktor sangat teliti dan berhati-hati buat treatment. Tak kasar, doktor dan staf pun baik-baik.

So, bila dah lalui sendiri, saya memang bersetujulah... Doktornya sangat baik. Tak pressure kita nak buat apa. Dia akan bagi nasihat dan bagi kita pilihan. Doktor hanya akan mulakan treatment bila kita dah betul-betul bersedia.

Kalau anda perlukan rawatan pergigian, bolehlah ke Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni sama ada di Greenwood atau Taman Sunway. Di buka setiap hari Isnin - Sabtu (Ahad tutup), dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam.

KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153

No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125

Nota kaki: Lepas je scaling ni, saya senyum je manjang. Rasa nak tunjuk gigi je... Maklumlah gigi dah bersih kan? Nanti saya cerita pengalaman cabut gigi di Klinik yang sama... :p

Friday, January 15, 2016

Buku: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusof
Penerbit: PTS
Harga Buku: RM26.00

Hari ini saya ingin kongsikan sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua pasangan yang telah berkahwin, juga ilmu baru bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga. Hidup berumahtangga banyak pancarobanya. Moga dengan perkongsian ilmu oleh penulis Zamri Mohamad dan Imran Yusof akan lebih membuka minda kita tentang pahit manis dalam perkahwinan itu sendiri serta cara untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331

"Diceraikan kerana kerepek."
"Diceraikan kerana sabun cuci."
"Baru masuk 30 tahun sudah menjadi janda."

Mana janji sehingga hari tua?

Ini berita di KOSMO muka hadapan pada hari ini. 

Ada rasa yang hairan, "Eh, benda kecil pun boleh jadi begini?"

"Sepatutnya mereka jaga iman...." dan macam-macam lagilah judgemental skrip ke atas mereka.

Penulis Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah berkata, "Apa yang dilihat kecil oleh orang perempuan dan lelaki berbeza. Misalnya, 'mendengar' itu kecil pada orang lelaki berbanding 'didengari'. Manakala orang perempuan pula melihat 'mendengar' lebih besar berbanding 'didengari'."

Ejaan sama, tapi maksud 'dengar' itu berbeza ya.

Ketika majlis nikah, kita nampak kesempurnaan usaha membina keluarga, mahukah kita kuatkan akarnya? 

Ramai mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Tetapi tidak sampai satu peratus memberitahu pengantin baru apakah itu 'adjustment period.'

Orang yang mahu berkahwin dan sudah berkahwin sudah ada ciri-ciri kemuliaan kerana menjaga yang halal. Tetapi yang halal itu memerlukan satu ilmu lagi, 'memanjangkan tempoh halal'. Apa pengisianya.

Setakat ini lebih 14,000 wanita sedang membaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah bagi mempelajari kemahiran 'memanjangkan' halal dalam perkahwinan.

Penulis ini pun apabila 'gaduh-gaduh' comel dengan isteri pun buka buku sendiri, katanya, "Apa yang saya tulis ini sebagai manual ke atas diri dan membantu orang lain."

Saya ada beberapa naskhah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah jika ada yang mahu. Boleh digunakan oleh pembaca dan dihadiahkan kepada kawan-kawan kita sayang.

Nota Kaki: Ikhtiar kita memanjangkan yang halal, menyuburkan cinta.

Wednesday, January 13, 2016

Adik Ajmal Perlukan Bantuan SEGERA!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mohon rakan-rakan blogger bantu sebarkan info ini. Dana ini diusahakan oleh Telekung Project bagi membantu adik Ajmal (yang kini sangat kritikal) yang perlu melakukan pemindahan hati di India dengan kos RM250,000 dengan kadar segera.

Mohon rakan-rakan sebarkan dan doakan agar pembedahan adik Ajmal akan dijalankan dengan jayanya. Moga dengan bantuan setiap orang dari kita, kita boleh menyelamatkan satu nyawa. Moga kedua ibu bapa adik Ajmal, banyakkan bersabar. InsyaAllah kita semua akan cuba bantu.

Tuesday, January 12, 2016

Hanya 57 Entri Pada Tahun 2015 (T_T)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruk juga pencapaian saya dalam berblog sepanjang tahun 2015 yang lepas. Kalau tengok di sidebar, jumlah entri yang diterbitkan hanyalah 57 entri, berbanding 2012-2014 yang mana melebihi 100 entri. Kalau ditanya kenapa?, mengapa?... hm, saya memang tiada jawapan. Nak kata sibuk, saya pun tak tahu apa yang saya sibukkan. Atau mungkin betul, mood pasang surut dalam blogging itu wujud! :p

Bukan tiada cerita yang hendak dikongsikan, tetapi saya rasa ada beberapa perkara yang membuatkan saya letakkan blog dalam susunan yang agak bawah untuk diuruskan. Bila disemak dalam draft, saya ada lebih kurang 114 entri tertunggak. Setiap entri hanya ada tajuk dan beberapa perenggan setiap satu. Nampaknya saya perlu selesaikan entri-entri tertunggak dalam draft.  

Pada yang sudi bertanya khabar, terima kasih banyak-banyak. Ada juga beberapa orang pembaca blog saya yang akan dan sudah menjalani pembedahan membuang hempedu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya blog saya ini berfungsi untuk membantu pesakit-pesakit batu karang hempedu seperti saya. Saya doakan anda semua makin sihat dan sentiasa dilindungi Allah. 

Er, sempat lagi tak nak ucap Selamat Tahun Baru 2016? (^_^)y Moga kita semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah... Amin...
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...