Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, September 10, 2016

Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hampir sejam juga perjalanan ke Kuala Perlis ni dari Alor Setar. Tapi dah alang-alang-alang Encik hubby nak bawa, kita ikut je lah. ?
ᅡᅠExcited juga bila tengok banyak gerai makan yang ada di Kuala Perlis ni. Sebelum ni encik hubby dah pernah makan di salah sebuah gerai (bila tanya dia pun lupa gerai tu nama apa) so, dia ajak makan di gerai yang lain. Jadi kami pilih gerai Mona Ikan Bakar. 

Masa mula-mula pilih aneka seafood tu rambang juga mata, maklumlah ikan-ikan, udang, sotong dan ketam semua nampak segar bugar! :p Rasa macam nak makan semua! Tapi Alisya dengan Faris bukannya suka sangat makan macam ni, so kami ambil sikit-sikit je la... Sikit tak sikit pun inilah yang kami order... ?

Siakap tiga rasa
Siakap bakar
Sotong goreng tepung
Udang goreng tepung, ni favorite Faris.
Kailan ikan masin
Sebenarnya ada juga telur dadar dan tomyam putih (isi ayam dan daging) untuk Alisya dan Faris. Maklumlah, itu je lah lauk budak-budak ni. Alisya lagi best, makan nasi + telur dadar dengan kicap je. ? Itulah anytime favorite dia.

Ok, komen saya tentang Mona Ikan Bakar yang saya dah makan ni, sedap jugalah. Siakap tiga rasa dengan bakar tu memang sedap. Isi siakap bakar tu, kemain lembut... cicah pula dengan air asam, memang best! Oh, ikan siakap tu kami beli seekor je, separuh masak tiga rasa, separuh lagi bakar... ?


Bila ditanya encik hubby, gerai Mona Ikan Bakar dengan gerai yang dia pernah makan dulu mana yang sedap, encik hubby saya kata sedap lagi Mona Ikan Bakar ni. So, oklah boleh recommand gerai ni. (^_^) Nombor telefon ada tu, so kalau anda datang di Kuala Perlis ni, bolehlah singgah dan rasa sendiri makanan di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis. 






10 comments:

  1. Tengok pun nampak sedap je lauk tu semua....

    ReplyDelete
  2. Semua nampak sedap....lebih2 lagi sotong goreng tepung tu akak suka...

    ReplyDelete
  3. Terus terliur NK pagi pagi ni tengok lauk pauk cenggitu. Kira puas makan tu.
    Mahal tak harga dia?

    Rasanya pernah gak sampai Kuala Perlis ni tp masa nak naik feri gi Langkawi jerlah....makan makan seafood belum pernah lagi

    ReplyDelete
  4. Semua menu nampak menyelerakan! Terliur,..

    ReplyDelete
  5. dah lama x ke kuala perlis..
    kalau ke sana blh lah singgah merasa.
    nive sharing kakak

    ReplyDelete
  6. Pernah nak pegi makan ke kuala perlis ni tp tulah selalu padat dengan orang..nk parking pun susah..nti klu jumpa Mona Ikan Bakar ni bolehlah cuba

    ReplyDelete
  7. Ah, saya memang terliur sesaja kalau nampak siakap tigarasa dan sotong/udang goreng tepung. Memanglah favorite.

    Nasib baiklah baru dua hari lepas pekena siakap tiga rasa yang sangat garing, sedap dan kuahnya perghhh... tak tahu nak kata apa dah ^_^

    ReplyDelete
  8. sotong tu plg sy x tahannnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...