Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, February 24, 2017

Resipi Mudah: Pulut Mangga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kebetulan ternampak gerai buah-buahan yang ada jual mangga ni. Mula-mula rasa nak makan macam tu je. Tapi tiba-tiba terfikir, "sedapnya la hai, kalau ada pulut". Maka gagahkan kaki jugalah masuk dapur, bila tengok barang semua ada, buat je lah untuk minum petang.

Saya masak pulut dengan pemanggang ajaib, so saya tak perlu rendam pulut. Dengan pemanggang ajaib boleh masak terus pulut tu.

Next time kena buat banyak sikit, tak cukup! 😂
 
Pulut:
 
1. 3 cawan beras pulut - dibersihkan
2. 1 cawan santan  
3. 2 cawan air
4. Sedikit garam
5. Daun pandan

* Masukkan semua bahan di atas ini ke dalam pemanggang ajaib dan masak dengan api sederhana. Buka penutup 10 minit sekali untuk kacau dan pastikan airnya cukup. Jika pulut masih keras (belum masak) tambah sedikit air.

Mangga:

3 biji mangga, potong ikut suka 😝 - saya potong kuib dan ketepikan.

Kuah pulut mangga:

1. 1/2 cawan santan
2. 1 cawan air
3. Daun pandan
4. Garam dan gula secukup rasa
5. Sedikit biji sagu - kalau tak masukkan pun tak pe

* Didihkan bahan-bahan di atas sehingga biji sagu masak. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang. 

* Kalau nak kuah tu pekat sikit, cairkan satu sudu besar tepung jagung dengan air dan masukkan dalam kuah tadi. Biarkan seketika (ikut kepekatan yang dikehendaki), sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba! 😃

* * *

Peminat buku jangan lepaskan peluang ini!!

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5707

Sunday, February 05, 2017

Support Bisnes Kawan: PK Bundle

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ada peminat bundle di sini? Jika anda peminat bundle, bolehlah support bisnes rakan blogger kita ni, Puan Kutu a.k.a Noor Murni. Sambil-sambil tulis blog, sempat lagi PK buat bisnes bundle tau! Facebooknya PK Bundle. Macam-macam yang PK jual... ada sarung bantal, soft toys, cadar dan yang paling saya suka tentunya buku... 😜😜😜 semuanya dari luar negara! 

Ini pengalaman pertama saya beli buku-buku bundle. Tergoda betul saya tengok gambar-gambar buku yang PK post di Facebooknya. Rasa macam nak beli semua. Tapi... itulah, konsepnya siapa cepat dia dapat.

Dalam lambat-lambat saya tu, dapatlah juga sambar 9 buah buku untuk Faris dan Alisya. 😂 Nampak tak bukan main saya memborong! 😜 Bila PK kata dah pos buku-buku tu, tak menyabar saya tunggu abang pos laju.

Sampai je terus koyakkan, tak sabar nak tengok isi dalam.
Masa ni Alisya pun dah excited nak tengok buku-buku yang saya beli.

Inilah yang saya beli dari PK Bundle... 9 buah buku + 4 sarung bantal. (PK siap bagi 1 lagi buku dan 1 sarung bantal free... ) Syok! 😃

 
Budak ni yang paling tak sabar nak baca buku-buku tu. Dah la baru balik sekolah, tak dan mandi, makan... terus dok belek dan baca buku. Dia kalau dah start baca buku memang susahlah nak suruh berhenti (sebiji ikut Mama dia 😜) Lastnya, tidur sambil peluk buku.

Excited betul dia baca buku ni. Buku ni paling best!
Sebab setiap page tu macam "Surprise!!"

Alisya siap tanya saya, "nanti kawan Mama nak hantar lagi tak buku macam ni?" Nampak tak bukan main suka Alisya dengan buku-buku tu. 😃

Semua buku yang saya beli ni, macam buku baru tau. Saya ingat buku ni dah rosak/koyak/conteng... Tapi, Alhamdulillah saya dapat semua buku LIKE NEW. PK pun ada beritahu, buku yang rosak/koyak/conteng tidak dijual. Kira memang PK dah sorting buku-buku ni ikut piawaian. 😀 

Bagus, berniaga kena jujurkan... item yang ada sedikit 'kecacatan' PK akan mention pada gambar barang tersebut. So, orang yang nak membeli tidak rasa tertipu... Jika anda peminat bundle boleh cuci mata di page PK Bundle, jangan lupa LIKE dan SHARE juga. InsyaAllah puas hati. 

Jom support bisnes bundle kawan saya, Puan Kutu a.k.a Noor Murni. 😃


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...